fbpx

Tubuh kekar Kartik Aaryan bikin geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTIK Aaryan menarik perhatian luar biasa dek kemunculan dalam filem Chandu Champion.

MENJADI antara aktor tumpuan Bollywood ketika ini, Kartik Aaryan melonjak mengatasi populariti rakan selebriti selepas tampil dalam filem berjudul Chandu Champion.

Naskhah arahan Kabir Khan tersebut memerlukannya membawakan peranan sebagai ahli sukan, sekali gus perlu tampil cergas dan bertubuh kekar.

Difahamkan demi mendapatkan fizikal seperti dimahukan pengarah, aktor berusia 33 tahun itu menjalani rutin senaman yang ketat.

Dia bahkan juga memastikan pengambilan protein secukupnya selain mengikuti beberapa pantang larang agar cepat memiliki bentuk badan idaman.

Pengorbanan Kartik tidak sia-sia apabila perubahan tersebut membuatkan dirinya semakin digilai peminat wanita.

Peminat lelaki pula menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam mengejar impian bertubuh tetap dan sasa seperti ditonjolkan dalam filem yang ditayangkan sejak 14 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI