fbpx

Tiger Shroff kasihan nasib kru filem ikat perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGER SHROFF

FILEM Bade Miyan Chote Miyan sudah ditayangkan pada awal April lalu, namun sehingga kini bayaran kepada pelakon dan kru belum diselesaikan sepenuhnya.

Isu tersebut menjadi hangat selepas aktor utamanya, Tiger Shroff, 34, bersuara mewakili seluruh tenaga kerja yang dizalimi penerbit, Vashu Bhagnani.

Menurut anak kepada aktor terkemuka, Jackie Shroff itu, kru filem terbabit terpaksa ikat perut apabila bayaran dijanjikan selepas beberapa siri perjumpaan tidak dijelaskan.

Malah katanya, perkara tersebut juga sudah dibawa ke persatuan berkaitan untuk diselesaikan tetapi masih belum menemui penyelesaian.

Sebelum ini, dia hanya berdiam dan menunggu perkembangan lanjut, namun tidak mampu bersabar selepas melihat Vashnu seakan-akan tidak mengendahkan rayuan kru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI