fbpx

Balik kerja terduduk tengok rumah hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah sewa Raja Azli di Kampung Banggol, Mengabang Telipot, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Seramai lapan pekerja projek pembinaan pemecah ombak Pantai Batu Rakit tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Banggol, Mengabang Telipot di sini semalam.

Dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas pada pukul 5 petang itu, kesemua lelaki terbabit sedang bekerja di tapak projek yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa, Raja Azli Raja Mat, 40, berkata, mereka hanya menyedari rumah sewa itu terbakar sebaik pulang kerja pada pukul 5.15 petang.

“Tergamam kami melihat anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran rumah sewa didiami.

“Sebelum kejadian, kami pulang sebentar ke rumah sewa itu untuk makan tengah hari sebelum kembali ke tapak projek untuk bekerja pada pukul 2 petang (semalam),” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol, Mengabang Telipot di sini hari ini.

Raja Azli berkata, berdasarkan maklumat jiran-jiran, kebakaran bermula dari sebuah bilik tidur sebelum ia cepat merebak ke bahagian rumah lain.

Salah seorang jiran, Mohd. Zaki Abdul Rahman, 56, mendakwa terdengar bunyi letupan kecil seperti mercun disusuli kepulan asap tebal di dalam rumah Raja Azli sewaktu dia berada di halaman rumahnya.

Katanya, dia segera menghubungi bomba untuk memaklumkan kebakaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI