fbpx

Projek Stadium Shah Alam bermula, kerja meroboh bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja perobohan Stadium Shah Alam sudah bermula untuk pembangunan KSSA.

SHAH ALAM – Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam telah bermula semalam selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia menandakan bermulanya kerja-kerja membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal memiliki pelbagai kemudahan termasuk sebuah hotel.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, beliau sempat singgah ke Stadium Shah Alam bagi melihat kerja perobohan.

“Saya mengarahkan pasukan projek dan kontraktor memastikan parameter pemantauan seperti bunyi, habuk, air, trafik dan lain-lain sentiasa dipantau.

“Ini bagi memastikan seminimun gangguan kepada penduduk sekitar,” katanya dalam perkongsian menerusi facebook rasminya, hari ini.

Kosmo! pada 6 Jun lalu melaporkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim memaklumkan perobohan stadium tersebut belum dapat susulan belum menerima pelan pembangunan daripada pemaju.

Ia merupakan syarat penyediaan pelan tersebut perlu dipatuhi meskipun pelan Kebenaran Merancang telah diluluskan hujung tahun lalu.

Saipolyazan turut menjelaskan, MBI sentiasa memantau proses tersebut dan laporan dihantar setiap bulan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual ditetapkan -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI