fbpx

Selangor tidak mahu tergesa-gesa ‘panggil’ Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISA.

PIHAK pengurusan Selangor FC mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mahu memberi tekanan kepada pemain sensasi pasukan, Faisal Halim untuk segera kembali menjalani sesi bola sepak lebih awal daripada jadual.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui barisan kejurulatihan dan pegawai perubatan enggan mengambil risiko dan sebab itu, Selangor tidak mahu terburu-buru melihat Faisal ‘turun padang’.

“Pada peringkat permulaan, kita tidak mahu tergesa-gesa kerana takut akan menyebabkan kecederaan lain pula ke atas Faisal.

“Walaupun kita tahu dia seorang yang kuat, tetapi kita tidak boleh mendedahkannya kepada kecederaan yang tidak sepatutnya melibatkan otot dan sendi.

“Tahap kecergasannya juga masih rendah kerana sudah lebih dua bulan tidak main bola dan kita tidak mahu beri tekanan terhadap fizikal Faisal,” kata Johan.

Pengurusan Selangor FC sebelum ini menjangka pemain itu akan kembali ke atas padang melakukan latihan pada penghujung bulan nanti.

Sebagai rekod, pemain berusia 26 tahun berasal dari Mengkuang Titi itu menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lalu oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Faisal terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital pada 25 Mei lepas dan sudah membuat kemunculan pertama di khalayak umum menerusi sidang media khas pada 13 Jun lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI