fbpx

Razali bangun 5 pagi urus isteri kudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali setia menjaga Noraini yang hanya terlantar di rumah mereka di Kampung Sri Lalang, Mersing kelmarin.

MERSING – Kasih sayang seorang suami kepada isterinya tidak pernah pudar sekalipun wanita itu sudah terlantar selama tujuh tahun di atas katil akibat angin ahmar selain ke­dua-dua belah kakinya dipotong ekoran kencing manis.

Razali Joli, 61, dari Kampung Sri Lalang di sini berkata, isteri­nya Noraini Yusof, 63, kini tidak mampu melakukan apa-apa aktiviti dan hanya bergantung kepada lampin pakai buang yang dipakai setiap hari.

Katanya, rutin hariannya adalah bangun seawal pukul 5 pagi untuk menyiapkan keperluan isteri termasuklah memasak dan membersihkan rumah.

“Saya bekerja kontrak ‘part time’ dan syukur kerana majikan tahu situasi saya. Tambahan pula, doktor juga sahkan yang saya ada sakit jantung.

“Isteri dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga Baitulmal. Rumah yang kami duduk ini adalah rumah orang tua, namun kami perlu bayar sewa tapak RM100 sebulan kerana tanah ini milik orang,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata, anak-anaknya yang menetap di Johor Bahru pernah menyatakan hasrat untuk menjaga ibu mereka, namun dia tidak mengizinkan.

Katanya, dia rela menjaga isterinya itu sehingga hujung nyawa daripada berjauhan dengan wanita tersebut.

“Saya tak boleh hidup seorang diri. Biarlah saya bersama isteri di sini,” katanya lagi.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu menerima ziarah dari Pertubuhan Amal Bakti Kebajikan Masyarakat Mersing untuk menyerahkan sumbangan lampin pakai buang.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Noraini Yusof 0111-3411-0000-5454.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI