fbpx

Polis London siasat aktiviti sentap tudung wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah wanita bertudung menjadi sasaran seseorang yang merakam kejadian tersebut di Kensington. – Instagram

LONDON – Polis Metropolitan London menyiasat rakaman video memaparkan seorang penyerang menarik tudung beberapa wanita beragama Islam ketika mereka berjalan di barat London, lapor akhbar Metro UK semalam.

Rakaman tular di laman sosial menunjukkan sejumlah wanita bertudung menjadi sasaran seseorang yang merakam kejadian tersebut di Kensington.

Seorang pengguna Instagram, Bahar Mahroo yang berkongsikan video itu berkata: “Sama seperti anda merampas demokrasi daripada kami di Iran dan memaksa kami memakai tudung, disebabkan kami mempunyai demokrasi di negara ini, kami akan menanggalkan tudung ini  daripada anda.”

Bahar bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu dan berkata, dia hanya berkongsi video berkenaan.

Sementara itu, Polis Metropolitan London berkata: “Tiada tempat untuk tingkah laku seperti ini di London.

“Kami sedang berhubung dengan salah seorang mangsa dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan keadaan sebenar dan menangani sebarang kesalahan yang dilakukan.”

Pemakaian tudung diwajibkan di Iran sejak tahun 1983 selepas Revolusi Iran pada 1979. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI