fbpx

Polis Sabah cari Herman, Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis bandaraya Kota Kinabalu memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian di sebuah pusat hiburan di Bandaran Berjaya pada 16 Jun lalu. -Foto PDRM

KOTA KINABALU – Polis memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian di sebuah pusat hiburan di Bandaran Berjaya pada 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya sudah mengenalpasti dua suspek berkenaan dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

“Kedua-dua suspek adalah warga asing yang dikenali sebagai Herman dan Yusof. Mereka diburu untuk membantu siasatan lanjut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Idrus Arshard ditalian 019-8233112,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan polis, dua mangsa bekerja sebagai anak kapal disyaki dipukul dan ditikam menggunakan objek tajam.

“Setakat ini, polis percaya motif kejadian yang mendatangkan kematian itu adalah disebabkan oleh perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI