fbpx

Pelabur asing yakin kestabilan politik Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) hadir pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz peringkat Pulau Pinang di Bukit Panchor, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada suku pertama 2024 membuktikan keyakinan pelabur asing akan kestabilan politik yang dikecapi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau optimis ekonomi negara akan bertambah baik walaupun Malaysia mencatatkan kedudukan di tangga ke-34 daripada 67 negara dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024.

“Dan kita lihat dari segi FDI, ia telah bertambah pada suku pertama tahun 2024 dan tentunya pelabur-pelabur melihat iaitu nombor satu, dari segi kestabilan politik.

“Yang kedua ialah dari segi kemampuan untuk kelulusan sesuatu permohonan projek, terutamanya untuk mengendalikan kilang-kilang di kawasan-kawasan industri.

“Dan yang ketiganya ialah tentang kebolehpercayaan atau keyakinan (pelabur luar) terhadap kerajaan yang ada sekarang ini,” katanya mengulas berhubung kedudukan Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024 dan keempat dalam kalangan negara di ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kementerian berkaitan antaranya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITi) dan Kementerian Kewangan serta Kementerian Ekonomi sedang berusaha untuk memberi penjelasan berhubung isu terbabit.

Dalam laporan baru-baru ini, Malaysia menduduki tempat ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 jatuh tujuh anak tangga daripada ranking ke-27 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI