fbpx

Nahas bas Genting: Pemandu didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di Bentong.

BENTONG – Pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, suspek yang ditahan reman selama empat hari akan didakwa atas dua pertuduhan.

“Suspek yang berumur 32 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 26 (1) kerana tiada lesen memandu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kemalangan Sabtu lalu, dua pelancong China iaitu Zhang Ping, 58, dan Wan Shuhong, 49, maut selepas bas dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok tengah pembahagi jalan di Kilometer 16.5 Jalan turun Genting Highlands.

Seramai 21 mangsa terlibat dalam kemalangan itu melibatkan 18 penumpang warga asing dan tiga warga tempatan yang terdiri daripada pemandu bas, pembantu dan seorang pemandu pelancong,.

Berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut itu tidak mempunyai lesen memandu.

Selain itu, pemandu itu juga didapati mempunyai 27 saman lampau yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI