fbpx

Muzakarah Zakat Nusantara himpun ilmuan 5 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) ketika melancarkan buku Karikatur Zakat pada program Muzakarah Zakat Nusantara di Bangi, hari ini. - Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

BANGI – Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Muzakarah Zakat Nusantara (MZN) buat kali kedua yang berlangsung pada 1 hingga 3 Julai 2024.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, MZN pada kali ini diadakan bersempena sambutan Jubli Mutiara Ke-30 LZS yang menggabungkan lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

“MZN yang diadakan sejak tahun 2023 menjadi platform berwibawa bagi rujukan institusi zakat untuk merungkai pelbagai persoalan dan mencetuskan inovasi zakat di rantau ini.

“Sejak itu, MZN terus mengorak langkah menjadi pentas utama perkongsian pelbagai perkara mengenai kemajuan pengurusan dan hal ehwal berkaitan ibadah zakat, khususnya dalam aspek hukum-hakamnya serta pendekatan dakwahnya,” katanya ketika merasmikan Muzakarah Zakat Nusantara kali kedua di sini, hari ini.

Abdul Aziz ketika merasmikan Muzakarah Zakat Nusantara di Bangi, hari ini. – Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

MZN pada kali ini mengangkat tema ‘Kelestarian Syariah dan Pemerkasaan Dakwah Zakat Mendepani Keperluan Zaman’. Pada majlis sama turut dilancarkan buku Karikatur Zakat.

MZN yang dihadiri oleh 280 peserta itu juga membentangkan 41 kertas kerja bagi mengupas topik berkaitan pengurusan zakat terutama berkenaan perkembangan syariah dan isu-isu semasa berkaitan dengannya.

“Saya berharap program ini tidak tertumpu di Selangor sahaja sebaliknya dapat diperluaskan ke negara Nusantara yang lain,” katanya.

Sementara itu, salah seorang peserta MZN, Timbalan Mufti Singapura, Dr. Izal Mustafa Kamar berkata, muzakarah ini sangat baik dan intipatinya akan dibawa ke Singapura untuk dibincangkan.

“Kami sendiri membawakan hal berkaitan digital yang masih dibincangkan di Singapura selain aspek dakwah berkenaan zakat.

“Sudah tentu terdapat persamaan berkaitan pengurusan zakat, fatwa dan rujukan kitab antara Singapura dan Malaysia kerana berpandukan mazhab syafie.

“Oleh itu, kami dari pejabat Mufti Singapura bersama dengan kenalan Malaysia mengadakan kaji selidik untuk saling menyokong antara satu sama lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI