fbpx

Ikan kerapu, jenahak ‘gagal lolos’ ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA ikan yang dirampas Maqis Johor hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori yang membawa muatan ikan ke Singapura di KSAB, Gelang Patah, Iskandar Puteri, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis ikan tanpa permit ke Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, di sini semalam.

Pengarah Maqis Johor, Edie Putra Md. Yusof berkata, cubaan itu digagalkan pihaknya selepas memeriksa sebuah lori membawa satu tong berisi ikan hidup pada pukul 3.49 pagi di laluan lori eksport KSAB.

Menurut beliau, antara ikan-ikan berkenaan termasuklah kerapu, ikan merah dan jenahak.

“Hasil pemeriksaan dijalankan, Pegawai Penguatkuasa Maqis menemukan 6 kilogram (kg) ikan kerapu; 6kg ikan merah dan 4kg ikan jenahak yang diletakkan bercampur dalam satu tong yang disorok di celah-celah tong lain.

“Ikan-ikan yang cuba diseludup dianggarkan bernilai RM745. Pemeriksaan dibuat mendapati ikan-ikan itu cuba dibawa keluar tanpa permit eksport Maqis atau tanpa sebarang pengikraran yang betul.

“Sehubungan itu, pemandu lori berusia 24 tahun dan kelindan yang berusia 22 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan, manakala ikan-ikan berkenaan dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI