fbpx

Lubang benam tunggu masa telan petani 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan seorang petani melihat sebuah lubang benam gergasi yang terbentuk di tengah ladang gandum di Karapinar, wilayah Konya pada 23 Jun lalu. – AFP 

KARAPINAR, Turkiye – Setiap kali petani, Fatih Sik memandu traktor merentasi ladang gandumnya di bandar Karapinar, dia sedar bumi di hadapannya boleh terbuka dan menelannya pada bila-bila masa.

Kata Fatih, dua lubang benam gergasi telah muncul di atas tanahnya di Konya yang dikenali sebagai jelapang roti Turkiye dalam masa terdekat.

“Risiko tanah jerlus dan lubang benam bagaikan jerangkap samar di sini. Saya terfikir akan menemui ajal di dalamnya.

“Namun, saya terpaksa juga bekerja, kalau tidak, keluarga saya akan kelaparan,” kata petani berusia 45 tahun itu.

Kawasan di rantau Anatolia itu mempunyai sejarah lubang benang sejak berkurun-kurun lamanya. 

Bagaimanapun, bilangan lubang maut itu meningkat sejak beberapa tahun lalu akibat penggunaan dan penggalian telaga secara maksimum ketika kemarau melanda Turkiye.

Banyak lubang benang yang terbentuk amat dalam, malah mencapai kedalaman sehingga 50 meter.

“Antara faktor utama fenomena lubang benam ini berlaku adalah kerana perubahan iklim,” kata Profesor Madya di Universiti Teknikal Konya, Arif Delikan.

Alif berkata, beliau telah merekodkan sebanyak 640 lubang benam muncul di Konya dan  lebih 600 berada di Karapinar sahaja. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI