fbpx

K2

Kitar semula cara lebih beretika lupus bagasi lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MASALAH lambakan sisa buangan terdiri daripada pakaian atau sisa pepejal lain yang gagal diurus dengan baik boleh mengundang malapetaka dan menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan awam serta alam sekitar.

Justeru, banyak pihak yang mula mengambil tindakan untuk mempraktikkan kitar semula sebagai cara untuk melupuskan sisa buangan dengan lebih baik.

Mungkin ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk membuang atau melupuskan bagasi lama yang sudah rosak dan tidak lagi digunakan, sudahnya bagasi dibiarkan begitu sahaja sehingga berhabuk.

Bagi memudahkan orang ramai yang mahu melupuskan bagasi dengan cara betul, syarikat pengeluar bagasi, Samsonite Malaysia melancarkan Kempen Tukar Bagasi yang membolehkan pengguna menukar bagasi sama ada rosak atau tidak lagi digunakan kepada bagasi baharu pada harga berpatutan.

Tambah menarik, untuk setiap bagasi yang berjaya ditukar, Samsonite menyumbangkan RM10 kepada tabung WWF Malaysia sebagai menyokong usaha konservasi organisasi tersebut.

Menurut Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo, kempen tersebut merupakan inisiatif pihaknya demi melindungi alam. Kempen penukaran bagasi lama dalam apa jua keadaan, kepada bagasi baharu dari Samsonite ini sudah dimulakan sejak 2017.

“Usaha ini sejajar dengan komitmen syarikat untuk mengitar semula dan melupuskan bagasi lama dengan cara lebih beretika,” katanya.

Kempen tersebut bermula pada 10 Mei dan berakhir 23 Jun lalu apabila orang ramai boleh menukar apa jua bagasi lama dimiliki tidak kira jenama dan saiz dengan bagasi baharu jenama tersebut menerusi pembelian dengan tawaran diskaun.

Jelas Khoo, selain memastikan setiap bagasi terpakai dilupuskan dengan baik, syarikat itu turut mendermakan dana yang diperoleh daripada kempen tersebut kepada WWF Malaysia.

Tahun lalu, Samsonite menjalin kerjasama dengan WWF Malaysia dan mencatat prestasi membanggakan apabila menyumbang dana berjumlah RM56,240 kepada organisasi itu, sebagai usaha pemuliharaan yang dijalankannya.

“Tahun ini, kami masih teruskan kerjasama tersebut yang mana bagi setiap bagasi yang ditukar, RM10 akan didermakan kepada WWF Malaysia.

“Bagi kami, apa yang kami lakukan ini adalah satu bentuk kesedaran kepada pelanggan dan juga orang ramai kerana jika bukan kita yang melakukannya, siapa lagi?” katanya.

Bagi tahun ini, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Kloth Cares iaitu sebuah organisasi yang menjadi pemangkin ekonomi pekeliling tekstil, pakaian dan plastik di rantau Asia Pasifik.

Mereka menjalin kerjasama untuk mengitar semula, menggunakan semula atau melupuskan semua bagasi yang dikumpul secara beretika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI