fbpx

Kereta lawan arus rempuh orang ramai, 9 mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta itu dipandu ke arah yang salah lalu bertembung dengan dua kenderaan lain, sebelum melanggar orang ramai. - AFP

SEOUL – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Menurut polis, kemalangan berlaku di persimpangan berhampiran Dewan Bandar Raya Seoul sekitar jam 9.30 malam (waktu tempatan). 

Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an, merempuh pejalan kaki yang sedang menunggu di lampu isyarat. 

Media tempatan melaporkan bahawa kereta itu dipandu ke arah yang salah lalu bertembung dengan dua kenderaan lain, sebelum melanggar orang ramai. 

Polis sedang menjalankan siasatan di samping memberi amaran bahawa jumlah mangsa dijangka meningkat. 

“Enam mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan.

“Pemandu terbabit juga ditahan di tempat kejadian. Dia mendakwa bahawa keretanya tiba-tiba memecut laju,” kata polis. 

Had laju yang ditetapkan di negara itu adalah 50 kilometer sejam di jalan bandar dan 30 kilometer sejam di kawasan perumahan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI