fbpx

Kerajaan tidak berundur laksana subsidi bersasar – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak akan berundur dengan keputusan melaksanakan penyasaran subsidi diesel walaupun dikritik ekoran hasil diterima melalui langkah itu akan dipulangkan semula kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan satu keperluan untuk mengukuhkan asas ekonomi dengan memastikan tidak berlaku ketirisan hasil negara sama ada melalui ‘sakau’, kecurian atau pemberian subsidi kepada bukan golongan sasar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata,kegiatan penyeludupan hasil subsidi negara sudah menjadi rahsia umum puluhan tahun terutama berlaku di stesen minyak di negeri-negeri bersempadan yang mengambil subsidi untuk kegunaan negara lain.

“Apakah itu tidak merisaukan? Tentunya merisaukan bagi yang bertanggungjawab. Tapi kalau poltiik picisan, dia cuma mahu mengambil markah dengan meniup semangat dan kemarahan orang.

“Saya juga tidak sempurna, ada beberapa kelemahan yang kita kenal pasti dan kita mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, tetapi untuk meneruskan (pemberian subsidi) tidak boleh,” katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar berkata, dalam sebuah negara demokratik perlu ada pimpinan politik, penjawat awam, pihak swasta termasuk agensi-agensi penting untuk mengambil sikap lebih berani dan bertanggungjawab di samping tidak boleh mengenepikan keresahan rakyat.

Katanya, keputusan yang dibuat perlu istiqamah dan memberikan penjelasan sewajarnya walaupun menghadapi sedikit kegusaran.

“Kalau tanya saya yang diberikan amanah, pilihan saya untuk melakukan yang sebaiknya dengan melakukan perubahan sedaya upaya sebaiknya (untuk negara) dan tak boleh berundur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI