fbpx

Ke mana mereka menghilangkan diri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis kini mengesan tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim dan terbiar, di daerah ini, Jumaat lalu. - Foto PDRM

KUALA PILAH – Polis sedang mengesan tiga kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dari pusat jagaan anak-anak yatim di daerah ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan itu yang dibuat pihak pengurusan Yayasan Kasih Sayang Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam.

“Siasatan awal mendapati tiga kanak-kanak itu berusia 11 hingga 14 tahun dan berbangsa Melayu.

“Usaha untuk mengesan ketiga-tiga mereka sedang giat dijalankan. Kehilangan mereka telah didaftarkan dalam Sistem Nur Alert,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurut Amran, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan waris telah dimaklumkan tentang kehilangan itu dan maklumat sedang dikumpul bagi mengenal pasti punca mereka melarikan diri dari asrama.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ruzaidi Ismail di talian 012-3648589 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah 06-4842999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI