fbpx

Kapal korek pasir China buat apa di Tanjung Hantu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal korek dari China ditahan APMM Perak dengan Kerjasama TLDM di kedudukan 27.4 kilometer barat laut Tanjung Hantu, semalam.

LUMUT – Sebuah kapal korek dari China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kedudukan 27.4 kilometer barat laut Tanjung Hantu di sini sekitar pukul 3.10 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal korek pasir yang dinamakan Chuan Hong 68 itu didaftarkan di Fuzhou, China telah dikesan bersauh oleh pasukan operasi kapal TLDM.

“Hasil daripada maklumat tersebut, anggota bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi di perairan negeri Perak telah diatur gerak ke lokasi berkenaan bagi memeriksa kapal tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, kapal korek itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu oleh 47 kru yang terdiri daripada 20 kru warga China, 26 kru warga Bangladesh dan seorang kru warga Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 68 tahun,” katanya di sini hari ini.

Kapal korek dari China ditahan APMM Perak dengan Kerjasama TLDM di kedudukan 27.4 kilometer barat laut Tanjung Hantu, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kapal korek tersebut gagal mengemukakan dokumen asal kapal, port clearance dan seorang kru tidak mempunyai nama dalam senarai nama kru kapal.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga menemukan 60 tong gas petroleum cecair (LPG) memasak 14 kilogram berwarna kuning tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM9,000.

“Kesemua kru dan kapal ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen asal kapal, port clearance dan seorang kru tiada dalam senarai nama kru kapal serta Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tiada dokumen yang sah bagi membawa barangan kawalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI