fbpx

JPJ Terengganu keluar 5,140 notis kompaun Operasi Khas Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamri (kanan) menunjukkan sebahagian motosikal yang disita dalam Operasi Khas HRAA di Pejabat JPJ Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan 5,140 notis kompaun pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) di seluruh negeri ini dari 10 Jun sehingga kelmarin.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, antara kesalahan popular dikesan adalah tiada lesen memandu iaitu 1,309 kes, cukai jalan tamat tempoh (1,168 kes) dan tiada perlindungan insurans (986 kes).

“Pemeriksaan dalam operasi itu berjaya mengesan sebuah motosikal milik seorang lelaki tempatan yang cukai jalannya tidak pernah diperbaharui sejak 16 tahun lalu.

“Ia jelas menunjukkan segelintir pengguna jalan raya mengambil mudah undang-undang tanpa memikirkan impak negatif sekiranya berlaku perkara buruk,” katanya di Pejabat JPJ Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Zamri berkata, kesalahan lain yang turut dikesan dalam Operasi Khas HRAA ialah memasang cermin gelap (466 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (440 kes), tidak memakai topi keledar (135 kes), muatan bahaya (72 kes ) dan tidak memakai tali pinggang keledar (23 kes).

Tambah beliau, sebanyak 191 buah kenderaan membabitkan 177 buah motosikal, tujuh buah kereta, empat kenderaan persendirian dan tiga buah lori juga telah disita sepanjang operasi khas tersebut.

“Sebanyak 31,091 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang pelaksanaan operasi khas berkenaan yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidiladha lalu.

“Tumpuan diberikan terhadap penunggang motosikal yang merupakan penyumbang terbanyak kes kemalangan jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI