fbpx

Johor sasar kutip RM2.5 juta melalui Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Jariah Wakaf Johor antara MAINJ dan BSN di Hotel Impiana Senai, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berhasrat untuk mengumpul RM2.5 juta menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 yang bakal dilancarkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tabung bagi membantu mangsa kekejaman Zionis itu akan dilancarkan esok.

Katanya, tabung berkenaan diusahakan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri bersama Op Ihsan selaku badan gabungan yang mengelola bantuan yang akan disampaikan ke Palestin itu.

“Kutipan tabung pertama kita hantar wang tunai kepada Kementerian Luar Negeri, kali ini kita berhajat lakukan persiapan barangan secara sendiri.

“Kita akan maklumkan kaedah sumbangan dan sukarelawan Johor akan digerak bagi tujuan menyiapkan peralatan dan barangan yang akan dihantar melalui jalan laut ke Mesir sebelum memasuki Gaza.

“Tahun lalu kita berjaya kutip RM2 juta, jadi tahun ini kita sasarkan untuk mengutip RM2.5 juta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kerjasama Strategik antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hotel Impiana, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, sumbangan yang akan dihantar bukan hanya yang disediakan di sini, tetapi juga barangan yang akan dibungkus di sempadan Mesir-Palestin bagi mempercepat proses penghantaran bantuan.

“Kita berhasrat untuk membuat agihan sumbangan ini secara kaedah masakan panas di kem-kem pelarian yang telah dikenalpasti. Selain itu kita juga akan sumbangkan khemah dan selimut di kawasan yang akan dikenali sebagai Khemah Kampung Johor.

“Melalui Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 ini, kita hanya terima bantuan tunai sahaja,” jelasnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI