PETALING JAYA – “Ajarkan pada anak, tak apa kalau pakai baju, beg dan alat tulis yang tak berjenama”.
Itu pesan Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr. Redza Zainol kepada ibu bapa tentang perkara yang perlu diambil kira dalam mendidik anak-anak.
Katanya, ia secara tidak langsung membentuk anak-anak supaya menjadi diri sendiri.
“Keyakinan diri tak datang dari luaran yang sementara, tapi cukup dengan menjadi diri kita sendiri,” tambahnya.
Perkongsian ringkas berkenaan meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan saranannya itu.
“Rasanya kena pesan pada anak jangan ejek kawan kalau kawan tak mampu pakai barang-barang mahal. Sokong mereka, bukan jatuhkan,” ujar @damieya_mia.
“Benar, anak-anak tak kenal barang-barang tu berjenama ke tak. Sebenarnya kita ibu bapa yang ajar,” komen seorang lagi pengguna.
“Amat setuju. Ajar anak untuk hargai barang, tu lagi utama. Murah atau mahal mereka tak tahu pun,” kata @zuraikhasanusi. – KOSMO! ONLINE