fbpx

‘Ini baru baju kontinjen Olimpik, bukan baju sukan sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOM bersetuju menambah baik rekaan baharu (kiri) yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ di Olimpik Paris 2024 berbanding hasil sebelumnya (kanan).

PETALING JAYA – “Ini baru nampak ganas, lebih sesuai dijadikan pakaian rasmi atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024. Tidak lah macam baju sukan sekolah sebelum ini. Pemilihan corak, warna sangat main peranan”.

Itu antara reaksi orang ramai selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersetuju menambah baik rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ di Olimpik Paris 2024.

Terdahulu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata, reka corak baharu dipilih adalah berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di sebelah hadapan serta di belakang jaket.

Tegas Norza, rekaan baharu tersebut turut berlaku perubahan pada logo MOM dengan Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna bendera Malaysia diiringi lima gegelung Olimpik, yang dipaparkan pada corak terdahulu.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai yang memuji pemilihan reka corak baharu ini meskipun ada beberapa elemen boleh ditambah baik pada masa akan datang.

“Masih boleh diterima. Nampak lebih tampilkan identiti Malaysia. Untuk akan datang, mungkin boleh main dengan warna agar ia nampak lebih segar sebagai atlet sukan,” cadang Nazri.

“Barulah terbaik dan mantap sebagai pakaian kebangsaan Malaysia untuk atlet Olimpik,” kata Isma Daniel.

“Kali ini nampak garang, nak berlawan di persada dunia, kita bawa satu gambaran bahawa atlet negara kita hebat. Jadi sangat perlu pakaian yang melambangkan kehebatan. Yang pertama hari itu, boleh la buat pakai jalan-jalan malam dekat Paris,” ujar Kemmby.

Sebelum ini, pelbagai pandangan dan kritikan diluahkan peminat sukan tanah air yang berasa tidak puas hati selepas melihat pakaian rasmi bakal disarung oleh atlet negara ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai hingga ll Ogos depan.

Sejak Majlis Pelancaran Hari Olimpik Malaysia yang diadakan Ahad minggu lalu, rata-rata netizen mempersoalkan rekaan baju berkenaan yang disifatkan ‘menyakitkan mata’ dan setaraf sukan sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI