fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa enam negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) melaporkan hujan lebat dan ribut petir melanda enam negeri, dijangka berterusan sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu tertumpu di Kuala Lumpur dan beberapa tempat di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

“Hujan lebat turut melanda Melaka, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Rompin, Pahang.

“Turut terkesan beberapa daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” katanya.

Di Malaysia timur, Sabah, cuaca yang sama berlaku di kebanyakan tempat melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau).

Selain itu, ribut petir dan hujan lebat turut melanda beberapa lagi daerah di Sabah iaitu Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) yang dijangka akan berlarutan sehingga 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI