fbpx

‘Henti tular video kemalangan ngeri abang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Amirruddin

JITRA – Seorang pemuda tidak menyangka video kemalangan ngeri di Pulau Pinang yang tular di media sosial sejak semalam adalah abang kandungnya.

Aminuddin Ghazali, 25, berkata, dia menerima video yang memaparkan abangnya, Amirruddin, 39, digilis treler pada pukul 6.45 petang di Kilometer 161.4, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bandar Casia semalam.

“Kami sekeluarga masih terkejut.  Kami mendapat tahu kemalangan itu melibatkan abang setelah melihat video kemalangan ngeri tersebut. Dalam video itu, ada gambar kad pengenalan abang. Dari situ kami baru tahu. Masih terkejut sampai sekarang.

“Video kemalangan maut itu sangat mengerikan, kami berharap orang ramai boleh henti tularkan video tersebut kerana waris sudah ditemukan. Jenazah arwah juga sudah dikebumikan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang pekerja kilang yang merupakan jurutera kilang maut digilis treler selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 161.4, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Bandar Casia.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, mangsa, Amirruddin Ghazali, 38, berasal dari Kampung Lubuk Kawah, Jitra disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI