fbpx

Gadis maut motosikal bertembung ketika memotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAKIRUL FARHA (gambar kecil) meninggal dunia di lokasi selepas motosikal ditunggang bertembung dengan motosikal lain di Jalan Telok Gong, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang gadis maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika cuba memotong kenderaan di Jalan Telok Gong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Syakirul Farha Mohd. Redhuan, 20, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dalam perjalanan dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Pengkalan Balak.

“Setiba di lokasi, mangsa telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan motosikal lain jenis Yamaha 135LC yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, gadis tersebut yang bekerja di sebuah cafe mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penunggang lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah turut mengalami kecederaan pada bahagian muka kanan dan patah kaki kanan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan penunggang lelaki tersebut sedang dirawat di hospital sama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi mata yang melihat kejadian tersebut tampil untuk membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI