fbpx

Gadis ‘khayal’ sambut suami pulang rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan gadis itu melakukan aksi yang tidak senonoh sebelum ditegur oleh ibunya. - @abouthetic

JAKARTA – Perbuatan seorang gadis yang berpura-pura menyambut suami pulang ke rumah dari tempat kerja mengundang perhatian ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @abouthetic, wanita itu menunjukkan caranya menyambut kepulangan suami dengan gaya tidak senonoh dan lucah. 

Bagaimanapun, gadis itu belum berkahwin dan melakukan seumpamanya demi kandungan laman sosial  dan untuk tujuan hiburan.  

Video itu menjadi tular dan ditonton oleh ibunya sendiri. 

Ibu gadis itu menegurnya untuk tidak bertindak seperti orang tidak waras. 

“Jangan jadi seperti orang gila, kalau ada masalah bagitahu,” kata si ibu.

Perbuatan gadis itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Ya Allah, saya mahu buat seperti ini tapi tidak menjadi,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Hahahahaha, ibunya baik sangat,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI