fbpx

Fasa kedua pendaftaran sistem PADU akan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membuka semula sistem pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di bawah fasa kedua, jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Katanya, sistem tersebut dibuka bagi membolehkan mana-mana individu yang belum mendaftar dapat mengemas kini maklumat masing-masing mengikut tempoh yang akan ditetapkan.

“Kerajaan meminta semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam meningkatkan kesedaran rakyat akan kepentingan penggunaan data PADU.

“Pada masa hadapan, data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan pengenalpastian kumpulan penerima bantuan,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Anyi Ngau (GPS- Baram) yang ingin ahu mengenai kedudukan terkini mengenai sistem Padu di Sarawak dan langkah ditetapkan supaya penduduk di negeri itu khususnya golongan B40 tidak tersisih daripada objektif sistem tersebut.

Tambah Rafizi, sehingga tamat tempoh pendaftaran pada Mac lalu, seramai 10,544,016 juta individu sudah mengemaskinikan maklumat dalam sistem tersebut.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,071,796 juta rakyat di Sarawak telah mengemas kini maklumat di Padu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI