fbpx

Euro 2024: Perjalanan fantasi Georgia akhirnya tersekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LE NORMAND (kiri) tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan Georgia kelebihan mendahului perlawanan. - AFP

COLOGNE – Pengendali Georgia, Willy Sagnol tetap berbangga dengan anak buahnya walaupun cerita luar biasanya berakhir selepas tewas 1-4 kepada Sepanyol pada aksi 16 terbaik, awal pagi semalam.

Dengan persembahan yang dipamerkan sepanjang kejohanan kali ini, Sagnol berazam untuk terus menyertai kejohanan besar pada masa akan datang.

Pada perlawanan semalam, Georgia bermula baik apabila mendahului Sepanyol 1-0 menerusi jaringan sendiri Robin Le Normand sebelum La Roja bangkit untuk melengkapkan kejayaan selesa.

“Satu perjalanan yang hebat dan kami boleh lakukan walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan yang hebat malah kami juga memiliki peluang. Jika kami tidak ada kemampuan, sudah pasti kami tidak akan berada di dalam padang.

“Kami mendahului pasukan lawan dan jika kami berjaya mengekalkan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama, mungkin kami akan memiliki lebih tenaga unuk harungi babak kedua.

“Tetapi ia terlalu berat buat kami. Sudah tidak ada sebarang pertikaian yang Sepanyol sememangnya berhak untuk meriah kemenangan ini,” katanya.

Sebelum ini Georgia mencipta sensasi untuk layak ke pusingan kalah mati selepas mengatasi jaguh besar Eropah, Portugal.

Layak ke pusingan 16 terbaik sudah melengkapkan cerita hebat Georgia memandangkan ini adalah penampilan sulungnya sejak mula mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991.

Bagaimanapun, Sagnol juga menjelaskan masih terlalu awal untuk mula memikirkan tentang peluang layak ke Piala Dunia 2026. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI