fbpx

Euro 2024: Costa selamatkan ‘nyawa’ Portugal, lolos ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bernardo Silva meraikan penjaga gol, Diego Costa selepas muncul wira selepas menang penentuan sepakan penalti sebentar tadi.

FRANKFURT – Juara edisi 2016, Portugal menepati ramalan apabila mara ke pusingan suku akhir selepas menyingkirkan Slovenia menerusi penentuan penalti 3-0 selepas terikat seri tanpa jaringan pada aksi 16 terbaik sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, Selecao yang dikendalikan oleh Roberto Martinez kembali membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Cristiano Ronaldo memacu jentera serangan.

Kedua-dua pasukan dilihat saling mencipta peluang pada babak pertama tetapi gagal memecah kebuntuan apabila benteng tidak memberikan jentera serangan masing-masing untuk melakukan rembatan tepat ke arah gol.

Bersambung pada separuh masa kedua, Slovenia terlebih dahulu meraih peluang keemasan tetapi percubaan penyerang sensasi, Benjamin Sesko pada minit ke-61 menerusi percubaan satu lawan satu sedikit tersasar.

Portugal yang menduduki ranking ke-4 dunia masih lagi tercari rentak dalam usaha merobek gawang lawan tetapi jentera serangan masih tumpul sehingga tamat 90 minit perlawanan sehingga aksi terpaksa diheret ke masa tambahan.

Tuah akhirnya memihak kepada Portugal apabila dihadiahkan sepakan penalty pada minit ke-105 tetapi gagal dimanfaatkan oleh Ronaldo selepas rembatannya berjaya ditepis penjaga gol, Jan Oblak.

Sesko sekali lagi meraih peluang menerusi percubaan satu lawan satu selepas memintas pertahanan veteran, Pepe tetapi penjaga gol Portugal, Diego Costa cemerlang menghalang ledakan penyerang muda Red Bull Leipzig itu pada minit ke-115.

Perlawanan akhirnya terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti dengan Costa muncul wira menyelamatkan semua tiga sepakan yang diambil oleh pemain-pemain Slovenia.

Situasi tersebut dimanfaatkan oleh Ronaldo, Fernandes dan Silva apabila menjaringkan semua sepakan penalti yang diambil untuk membawa Portugal ke kelompok lapan negara terbaik.

Selecao kini dijadualkan bertemu Perancis pada aksi suku akhir Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI