fbpx

Enggan berhenti lepas diarah polis, rupanya lalok dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu suspek selepas berlaku aksi kejar mengejar dengan pihak polis malam tadi.

DENGKIL – Rondaan rutin sebuah kereta peronda (MPV) polis di sini malam tadi bertukar aksi kejar apabila kereta dipandu seorang lelaki memecut selepas diarahkan berhenti.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam di Jalan Cyberjaya-Dengkil itu, kereta Perodua Bezza itu ditemui dalam keadaan mencurigakan oleh MPV berkenaan.

Apabila dihampiri dan diarahkan berhenti bagi pemeriksaan, pemandu kereta tersebut memecut kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggotanya terus mengejar suspek sebelum berjaya ditahan di Jalan Kita Impian, Cybersouth.

MPV yang dinaiki anggotanya turut rosak apabila berlanggar dengan kereta suspek.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah, malah ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine, amphetamine, tetra hydrocannibol (THC) dan benzo,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI