fbpx

Dua maut treler bawa jentera berat terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu serta kelindan sebuah treler maut selepas kenderaan membawa muatan jentera berat itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 30, Jalan Kimanis - Keningau petang semalam. - Foto JBPM

PAPAR – Pemandu serta kelindan sebuah treler maut selepas kenderaan membawa muatan jentera berat itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 30, Jalan Kimanis – Keningau petang semalam.

Kedua-dua mangsa lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Papar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Penolong Penguasa Bomba, Johainin Ruslan berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 5.11 petang sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pasukan operasi mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan jentera berat terbabas sendiri dan terbalik di bahu jalan.

“Terdapat dua mangsa dilaporkan tersepit. Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Johainin, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan pada pukul 7.03 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI