fbpx

Dewan Rakyat: PM tidak tolak kemungkinan rasionalisasi subsidi RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak sebarang kemungkinan rasionalisasi subsidi akan dilaksanakan ke atas petrol RON95.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun setakat ini belum ada kertas dasar yang membolehkan perkara itu dilaksanakan dengan cepat.

“Soalannya apakah ada kemungkinan untuk masa-masa akan datang. Saya tidak menolak apa-apa kemungkinan, yang boleh saya nyatakan seluruh fokus kita sekarang adalah penyasaran subsidi diesel.

“Dulu ada kajian, tetapi kita fikir lebih baik kita lihat dulu langkah-langkah diambil keatas elektrik, ayam, diesel. Kita tengok kesannya dulu dan reaksi rakyat, kemudian kita bersedia berunding apakah keperluan (rasionalisasi subsidi RON95)

“Tetapi yang penting saya tidak mahu kelirukan dewan, yang penting kita mesti hentikan (beri) subsidi kepada orang kaya dan orang asing. Itu saya tidak tolak ansur.

“Jangan beri subsidi kepada yang paling kaya dan orang asing seperti yang kita lakukan berpuluh-puluh tahun kerana tidak ada kerajaan (terdahulu) sanggup menangani masalah tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah ya atau tidak kerajaan akan laksanakan penyasaran bersasar subsidi keatas petrol RON95.

Terdahulu, Anwar meminta supaya langkah penyasaran subsidi oleh kerajaan tidak diputar belit oleh mana-mana pihak seolah-olah ia suatu dasar yang salah dan zalim.

Menurut beliau, pelaksanaan penyasaran subsidi perlu diambil dengan sikap yang lebih tawaduk oleh semua pihak dan sekiranya terdapat kelemahan akan diperbaiki oleh kerajaan.

“Kita tidak kata kita sempurna sebab penyasaran subsidi sesuatu benda yang sukar dilaksanakan. Kalau tanya saya (rasionalisasi subsidi) RON95, patut (sudah) dilaksanakan lama, tetapi tidak mudah,” katanya.

Ujar beliau, pimpinan kerajaan terdahulu membincangkan rasionalisasi subsidi dan bersetuju langkah itu keputusan yang bijak untuk ekonomi, tetapi kini dalam kempen politik berkata tidak setuju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI