fbpx

Dewan Rakyat: Anwar tegur Menteri KDN pakai baju batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution memakai pakaian batik pada persidangan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana berpakaian batik di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, beliau bersetuju dengan persoalan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berhubung etika berpakaian oleh Saifuddin Nasution.

“Saya pun nak memperingatkan Menteri Dalam Negeri supaya ikut peraturan Parlimen. Saya setuju dengan (Ahli Parlimen) Hulu Terengganu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rosol sebelum mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri membangkitkan tentang Saifuddin Nasution berbaju batik ke Dewan Rakyat.

“Sebelum tanya soalan saya mahu tanya etika berpakaian di Parlimen. Batik boleh pakai hari apa? Sebab saya nampak Menteri Dalam Negeri pakai batik hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI