fbpx

Dewan Rakyat: Jualan diesel turun petanda prasionalisasi subsidi berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan purata harian diesel di stesen minyak di sempadan negara menurun 40 hingga 50 peratus sejak 10 Jun lalu menandakan keberkesanan rasionalisasi subsidi diesel bagi membanteras kegiatan penyeludupan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia menurun lebih 30 peratus turut menandakan penyasaran semula subsidi itu berkesan dalam mengurangkan ketirisan.

“Jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum penyasaran semula subsidi dan selepasnya, setakat ini, jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia menurun lebih 30 peratus.

“Stesen di kawasan sempadan mengalami pengurangan yang lebih ketara di antara 40 peratus hingga 50 peratus. Indikator ini jelas pengurangan penyeludupan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) sama ada penyelarasan subsidi diesel berupaya membanteras penyeludupan diesel.

Terdahulu, Amir Hamzah berkata, penetapan harga runcit ke paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil yang diharapkan untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan.

Menurut beliau, usaha membanteras kegiatan itu bagaimanapun tidak akan berhasil sekiranya kerajaan melaksanakan kenaikan harga runcit secara ansuran kecil.

Sementara itu, katanya, setakat ini, bantuan tunai Budi Madani diberikan kepada 115,000 pemilik kenderaan diesel, manakala baki jumlah pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak memohon sekitar 300,000 orang.

Menjawab soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara), beliau berkata, bagi peneroka Felda yang layak, mereka masih boleh membuat permohonan secara individu.

“Bagi mereka yang layak, masih boleh memohon Budi Madani, selain itu bagi yang ada kenderaan juga boleh memohon Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI