fbpx

Dewan Rakyat : 160 lorong tikus dikesan di sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JPM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 160 jalan tikus telah berjaya dikesan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sempadan negara terutamanya di Kelantan, Perlis dan Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu jelas melebihi jumlah pintu sempadan rasmi yang terdapat di tiga buah negeri selama ini.

“Jalan tikus bermakna laluan yang tidak diwartakan oleh kedua-dua negara yang bersempadan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya maklum akan isu jalan tikus ini,” katanya Ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu mengenai langkah membendung kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan tikus di sempadan negara.

Tambah beliau, dari Januari hingga Jun lalu, sejumlah 61,152 orang telah ditahan kerana memasuki Malaysia tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan.

Untuk rekod sebelum ini, terdapat keseluruhan 140 pintu masuk antarabangsa rasmi dengan kebanyakannya berada di Kedah, Perlis dan Kelantan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI