fbpx

Dagangan sulung UUE 175% lebih tinggi berbanding harga IPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chye Tee (lima dari kiri) bersama kepimpinan tertinggi UUE pada majlis penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia, hari ini.

PETALING JAYA – Penyedia penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah, UUE Holdings Berhad (UUE), bermula dengan langkah kanan sebagai syarikat tersenarai awam di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad hari ini apabila dagangan saham syarikat dibuka pada 66 sen, premium 175 peratus berbanding harga terbitan 24 sen sesaham dengan volum pembukaan 30.71 juta saham.

UUE berjaya memperoleh sejumlah RM29.98 juta melalui terbitan awam 124,902,000 juta saham biasa baharu dengan 52.5 peratus, atau RM15.75 juta daripada kutipan akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan.

36.3 peratus, atau RM10.89 juta lagi diperuntukkan untuk modal kerja, manakala baki RM3.33 juta adalah bagi perbelanjaan penyenaraian. 

Saham UUE diklasifikasikan sebagai patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

Bahagian terbitan awam syarikat yang disediakan untuk orang ramai Malaysia melalui undian terlebih langgan pada kadar 103.83 kali, dengan 25,019 permohonan melibatkan kira-kira 3.19 bilion saham. 

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif UUE, Lee Chye Tee berkata, melihat ke hadapan, pihaknya merancang untuk memperoleh lebih banyak jentera bagi mengembangkan rangkaian penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah dan skala projek syarikat. 

“Ini termasuk memperoleh mesin penggerudian arah mendatar (HDD) pelantar maksi untuk menceburi kerja HDD dasar laut, seterusnya meluaskan tawaran perkhidmatan kami. 

“Untuk menambah aset sedia ada, kami memajak jentera tambahan termasuk mesin HDD, jengkaut dan lori. Kami juga komited untuk mengembangkan lagi perkhidmatan kami di Singapura. 

“Permintaan untuk penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah didorong oleh rancangan Singapura untuk meningkatkan populasinya kepada 6.5 juta hingga 6.9 juta menjelang 2030 dan kami berhasrat memanfaatkan rekod prestasi serta kepakaran untuk mengambil bahagian dalam tender projek pengagihan elektrik di sana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI