fbpx

Dadah: Suri rumah terlepas tali gantung, suami diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohinder Singh (tengah) diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini atas lima pertuduhan termasuk mengedar dadah jenis heroin dan monoacetyimorphines, lima tahun lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seorang ahli perniagaan diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk mengedar dadah jenis heroin dan monoacetyimorphines lima tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohinder Singh, 45.

Pada prosiding sama, mahkamah turut melepas dan membebaskan isteri lelaki itu, G. Peramla, 54, tanpa dipanggil membela diri.

Keputusan terhadap suri rumah itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wanita tersebut mempunyai niat bersama melakukan kesalahan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, Mohinder didapati mempunyai jagaan dan kawalan terhadap beg plastik mengandungi barang kes berupa dadah yang dijumpai di dalam kereta jenis Proton Inspira.

Katanya, berdasarkan keterangan dua saksi pendakwaan iaitu anggota polis, hanya tertuduh yang dilihat memegang dan meletakkan bungkusan plastik mengandungi dadah itu ke dalam bonet kereta.

“Keterangan daripada saksi pendakwaan keenam dan kelapan menunjukkan yang tertuduh mempunyai milikan secara fizikal kerana beg plastik itu dipegang dengan tangan kanannya, dibawa ke kereta dan diletakkan ke dalam bonet.

“Tiada orang lain dilihat mengendalikan beg plastik tersebut pada ketika itu melainkan tertuduh sahaja.

“Mengambil kira faktor bahawa beg plastik itu dipegang dan diletakkan sendiri oleh tertuduh ke dalam bonet, maka jelas ia dapat mengaitkan tertuduh secara langsung terhadap barang kes iaitu dadah yang ditemukan dalam beg plastik tersebut.

“Oleh itu, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh diarah untuk membela diri,” ujar beliau dalam prosiding di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mohinder kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama, berdiam diri; kedua, memberi keterangan di dalam kandang tertuduh di mana keterangan secara tidak bersumpah atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI