PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir melanda Johor dan Sabah sehingga tengah hari nanti.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk di negeri Johor itu tertumpu di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor bahru.
“Di Sabah, kebanyakan tempat juga akan mengalami hujan lebat dan ribut petir melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).
“Turut terkesan di Tawau (Tawau dan Semporna) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
“Dalam pada itu, cuaca lembab dilaporkan melanda beberapa negeri melibatkan Perlis, Kedah serta beberapa tempat di kawasan pantai Pulau Pinang dan Perak serta beberapa daerah di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, pada cuaca sebelah petang, Met Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku hampir di seluruh negara melibatkan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Johor.
“Di Malaysia Timur, cuaca buruk turut berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.
“Ribut petir turut dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Sarawak iaitu Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada petang nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE