fbpx

Banjir di Sabah makin buruk, 464 mangsa dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM masih meneruskan pemantauan dan memindahkan mangsa terjejas banjir di daerah Penampang pagi ini. -Foto APM

KOTA KINABALU – Hujan lebat serta ribut petir berterusan membabitkan beberapa daerah di Sabah mengakibatkan situasi banjir di Sabah semakin buruk hari ini.

Setakat pukul 9.30 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di empat daerah juga terus bertambah kepada 464 orang.

Jumlah berkenaan melibatkan 140 ketua isi rumah (KIR) di daerah Penampang, Putatan, Tuaran dan daerah kecil Tamparuli.

Seramai 279 mangsa daripada 93 KIR ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sri Putatan turut meningkat kepada 138 orang melibatkan 34 KIR pagi ini.

Bagaimanapun, mangsa terjejas banjir berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran kekal 29 orang daripada lapan keluarga.

Selain itu, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli juga tidak bertambah dan kekal 18 mangsa membabitkan lima KIR.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa dipindahkan setakat ini terdiri daripada 157 lelaki dewasa dan 142 wanita dewasa, manakala 79 lagi kanak-kanak lelaki dan 86 orang kanak-kanak perempuan.

Jumlah mangsa dijangka terus bertambah berikutan masih ada mangsa dilapor terperangkap dan tidak dapat dibawa keluar malam tadi akibat arus deras, selain keadaan gelap yang menyukarkan operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI