fbpx

Agong tingkatkan semangat atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Ibrahim (tengah) bersama Hannah pada majlis penyerahan Jalur Gemilang yang diadakan di Istana Negara hari ini. - FB SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

KONTINJEN Malaysia yang bakal berangkat ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 meraih tonik terbaik selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada barisan atlet negara di Istana Negara hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, Baginda mengucapkan selamat maju jaya selain menyeru rakyat Malaysia mendoakan kecemerlangan atlet-atlet kebangsaan yang akan mewakili negara ke temasya berprestij itu.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet-atlet negara yang akan bertanding pada Sukan Olimpik 2024.

“Bersama-sama kita mendoakan kecemerlangan buat atlet-atlet yang mewakili negara ke temasya Olimpik dan Paralimpik,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia,Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan CDM Malaysia ke Paralimpik Paris, Datuk Subramaniam Raman Nair.

Secara keseluruhan, seramai 25 atlet kebangsaan akan mengambil bahagian pada Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirainya bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini dalam misi memburu pingat emas pertama negara di pentas berkenaan.

Bagi Paralimpik Paris, seramai 20 atlet akan menggalas tanggungjawab negara pada saingan yang dijadualkan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI