fbpx

94 bas, van diperiksa JPJ sekitar Plaza Tol Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bertugas ketika Operasi Khas Bas Bersepadu di Stesen Penguatkuasa JPJ, Gombak hari ini. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

GOMBAK – Sebanyak 94 kenderaan terdiri daripada bas ekspres, bas persiaran dan lain-lain diperiksa pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika Operasi Khas Bas Bersepadu di Stesen Penguat kuasa JPJ, Gombak, di sini, setakat 12 tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 23 kenderaan telah dikenakan tindakan manakala 15 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, ia melibatkan kesalahan seperti tiada Lesen Memandu Kompeten (1), tiada Lesen Vokasional (2), ubah suai kenderaan (1), tayar (1), brek (2) dan lampu (3).

Katanya, kesalahan itu juga membabitkan satu kes tatakelakuan pemandu (merokok) dan pemandu tiada Permit Peredaran Antarabangsa (ICP).

“Seterusnya, membabitkan lain-lain kesalahan teknikal iaitu tiada pemandu kedua (1) dan menggunakan telefon bimbit (1).

“Lain-lain notis pula melibatkan empat arah periksa kenderaan mengikut Seksyen 61 (1) APJ dan tujuh lagi melibatkan slip pemeriksaan tayar manakala enam lagi bas didapati tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong,” katanya.

Dalam operasi dilaksanakan seawal pukul 6 pagi itu, pihaknya setakat ini telah membuat saringan terhadap 49 pemandu di lokasi hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati, tiga pemandu berusia 30 hingga 50-an positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Pagi tadi Kosmo! melaporkan JPJ menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu melakukan kesalahan terutamanya yang melibatkan keselamatan penumpang bas.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap pemandu dan syarikat pengendali yang melakukan mana mana kesalahan khususnya yang boleh membawa kepada kemalangan jalan raya.

“Operasi ini akan berlangsung sehingga 31 Julai sekiranya kami berpuas hati
tetapi sekiranya kami rasa perlu ditambahkan, kami akan lanjutkan sehingga diputuskan oleh Menteri pengangkutan,” tegasnya lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI