fbpx

16 tahun kerja, pakar perunding pediatrik terima gaji RM70,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar perunding pediatrik mendedahkan gaji bulanannya mencecah sehingga RM70,000 sebulan.

PETALING JAYA – Seorang doktor pakar perunding pediatrik mendedahkan gaji bulanannya mencecah sehingga RM70,000 sebulan selepas berkhidmat sekitar 16 tahun dalam sektor kesihatan.

Menerusi video yang dikongsikan @Malaysianpaygap di TikTok, pakar kanak-kanak itu sebelum ini pernah berkhidmat selama 15 tahun di hospital kerajaan sebelum bertukar kepada sektor swasta.

Katanya, sekitar 16 tahun lalu gaji bulannya hanya RM4,000 termasuk elaun, namun kini berjaya meraih dalam lingkungan RM60,000 hingga RM70,000.

“Ia kenaikan yang tinggi, empat kali ganda daripada gaji dalam kerajaan ke sektor swasta. Sekarang purata pendapatan saya RM60,000 ke RM70,000 sebulan.

“Kalau awak jadi konsultan dalam kerajaan, mungkin awak akan dapat gaji paling banyak pun RM16,000 ke RM20,000 sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya barisan hadapan yang berkhidmat dalam sektor kesihatan untuk terus berikan yang terbaik dan tidak mudah mengalah dengan tekanan kerja.

“Nasihat saya adalah awak kena survive (berjuang) terutamanya ketika dalam latihan sebab setiap pekerjaan ada tekanan yang tersendiri. Jadi dalam bidang perubatan akan ada tekanannya.

“Awak hanya kena tahu bagaimana untuk survive sewaktu dalam intern (latihan industri) selepas itu ia akan menjadi mudah,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI