PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang sanggup membuka pakaian untuk memberikan kepada gelandangan yang tidak berbaju mengundang perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Afhi Affandi, lelaki berkenaan sedang berjalan lalu berhenti apabila memerhati keadaan pengemis yang tidak berbaju itu.
Dia kemudian terus menanggalkan jubah dan kemeja-T putihnya di tempat awam tanpa rasa segan dilihat orang ramai.
Selain itu, dia juga sempat membeli beberapa bungkusan makanan untuk dihulur kepada gelandangan tersebut.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan kagum dengan kebaikan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
“Tak semua mampu untuk bertindak seperti ini sampai sanggup tanggalkan baju. Semoga pakcik mendapat syurga tertinggi tanpa hisab dan azab,” komen @rijahan.
“Selagi orang itu memakai baju yang diberi, maka pahala akan sentiasa mengalir untuk pakcik. Semoga menjadi contoh kepada anak-anak muda sekarang,” komen @nikhafiz.
“Tengok semua, bukan susah untuk buat baik. Jom sama-sama bantu orang seperti mereka, moga jadi ladang pahala untuk kita nanti,” komen @syafiqzainal.
Sehingga kini video tersebut mendapat 4 juta tontonan, 542,000 tanda suka serta 10,600 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@afhiaffandy Semoga Allah terima Amal Kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah MasyaAllah Tabarakallah….. Seorang yang kmk niat dari kmk orang “angkat tuboh “mbak kata urang tua…. Hidup Hj wan tok xjauh dari Amal kebajikan …. maseh ingat kata2 nya ngan kmk orang dolok…”xmampu kita kenyangkan orang ,cukup nangga orang yang kita bantu senyum…” Allahu…..Moga menjadi Asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan💚 Alhamdulillah hidup kita maseh ada serba sedikit kemampuan…ada orang xmerasa tilam yang empuk,makan dgn tenang,rumah yang selesa…pakaian yang baik…. kita jak kurang bersyukur😞😞😞 Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dgn hati yang tenang💚 #fypシ #fyp #sarawaktiktok #fyp ♬ original sound – Afhi Affandy