fbpx

Tukang cuci jumpa wang RM254,000 di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah lapangan terbang di Bandar Raya Ho Chi Minh. - Foto AFP

HANOI  – Seorang tukang cuci di  lapangan terbang Da Nang memulangkan beg berisi wang tunai berjumlah hampir AS$54,000 (RM254,538) kepada seorang pelancong Jepun yang melupakannya, lapor portal berita VnExpress.

Kira-kira pukul 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu, tukang cuci dikenali sebagai Huong, 57, itu sedang membersihkan sebuah  terminal  di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang.

Dia menemui beg hitam yang ditinggalkan di atas kerusi di lobi menunggu. 

Terminal itu tidak mempunyai sebarang penerbangan  berlepas atau tiba pada masa kejadian. 

Huong menyangka ada penumpang terlupa beg itu, menyebabkan dia memaklumkan kepada majikannya,  jabatan pemeriksaan  di syarikat Hoan My.

Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian memeriksa beg tersebut. Mereka menemui  wang kertas dalam mata wang dolar Amerika Syarikat  dan yen Jepun, kesemuannya bernilai hampir AS$54,000.

Wang itu berjaya dipulangkan kepada pelancong Jepun berkenaan.

Huong diberikan ganjaran AS$39 (RM183) oleh majikannya selain AS$195 (RM919) oleh Syarikat Pelaburan dan Operasi Terminal Antarabangsa Da Nang atas kejujurannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI