fbpx

Tetap kekalkan kuota pelajar bumiputera ke matrikulasi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bersama Warga JPM di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA- Kerajaan menegaskan akan terus mengekalkan kuota sedia ada bagi pelajar bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan, namun pada masa kekal mengiktiraf pelajar cemerlang berdasarkan prinsip meritokrasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip itu adalah adil dan munasabah selagi mereka yang cemerlang itu adalah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum mesti dipelihara.

Menurut beliau, negara sejak merdeka sekian lama telah cuba dalam persaingan pendidikan dalam konteks Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menuju tahap lebih cemerlang di mana kian ramai mendapat 10A ke atas dalam kalangan Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.

“Tiap kali kerana kita ada kuota Bumiputera, kadang-kadang dijadikan isu keterlaluan, di satu pihak mahu menafikan hak minoriti, satu pihak lagi nak pertikai prinsip Perlembagaan dan jaminan kepada bumiputera terutama secara nisbi dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar.

“Maka, kita ambil jalan agak adil dan munasabah. Kalau dia itu rakyat di negara kita, maka harus pelihara.

“Kita juga menerima kenyataan tentang meritokrasi. Siapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita berikan jaminan tempat di matrikulasi atau bagi bumiputera, ada asasi,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri Bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI