fbpx

Taylor Swift mabuk asmara, yakin Travis lelaki sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR dan Travis kini semakin terbuka tentang hubungan mereka.

PENYANYI Taylor Swift yang sedang mabuk dilanda asmara dengan kekasihnya, Travis Kelce yakin bahawa lelaki itu adalah calon terbaik bakal bergelar suaminya.

Menurut sumber, setiap hari pasangan itu akan membuat panggilan video dan menghantar kiriman mesej antara satu sama lain.

Meskipun berjauhan dan kepadatan jadual kerja, mereka tetap meluangkan waktu untuk bertanya khabar dan saling berhubung.

“Swift dan Kelce sangat yakin dengan hubungan mereka. Malah, Swift sendiri berasakan kekasihnya sebagai lelaki sempurna,” kata sumber.

Pasangan itu mengesahkan hubungan mereka sekitar Oktober tahun lalu.

Swift juga pernah dilihat muncul menyaksikan aksi perlawanan Kelce yang merupakan atlet NFL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI