fbpx

Sofia menderita kanser, 26 kali jalani kemoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofia (tengah) ketika menerima kunjungan ADUN Johor Lama, Norliza (kanan) di kediamannya di Ladang Asahi, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Ketika rakan sebayanya bergembira menikmati alam persekolahan, Ariana Sofia, 5, pula terpaksa menjalani pelbagai rawatan selepas dia disahkan menghidap kanser buah pinggang.

Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu hanya sempat menikmati alam persekolahan selama tiga hari sebelum dia terpaksa berhenti seketika atas faktor kesihatan.

Bapanya, Syafi’i Hussien, 37, berkata, Sofia sebelum ini merupakan murid prasekolah di Sekolan Kebangsaan (SK) Panchor dan dia disahkan menghidap kanser buah pinggang pada Julai tahun lalu.

Katanya, sejak itu bermulalah rutin mereka ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi mendapatkan rawatan.

“Sehingga kini, Sofia telah menjalani 26 rawatan kemoterapi bagi memulihkan penyakitnya.

“Kos rawatan sebulan pula mencecah sehingga RM600. Sofia sudah menjalani kemoterapi sejak Julai tahun lalu hingga Februari lalu. Bermula Mac barulah anak saya dapat bantuan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

“Sofia anak pertama kami dan dia hanya sempat bersekolah selama tiga hari sehinggalah doktor sahkan dia menghidap kanser yang sudah sampai ke paru-paru,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Ladang Asahi di sini.

Menurut Syafi’i, anaknya itu juga baru sahaja menjalani pembedahan pada awal bulan lalu di Hospital Tunku Azizah (HTA).

“Saya hanya bekerja sebagai penyelia ladang, manakala isteri suri rumah. Buat masa ini, Sofia masih melakukan rawatan susulan di HSI.

“Dia perlu jalani sekurang-kurangnya lima lagi rawatan kemoterapi,” ujarnya.

Terdahulu, keluarga tersebut menerima kunjungan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norliza Noh.

Orang ramai yang mahu memberikan bantuan boleh salurkan ke nombor akaun Maybank Syafi’i Hussien 15107-1089-129.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI