fbpx

Skuad renang tutup gelanggang dengan satu emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZHENG YONG (kanan) menyumbang pingat emas tunggal skuad renang negara pada hari keenam saingan AUG 2024 menerusi acara 200m kuak kupu-kupu lelaki. - AUG/IPT

SURABAYA – Hari terakhir sukan renang pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia menyaksikan pasukan negara menutup tirai dengan meraih satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Pada aksi yang berlangsung di Kolam Renang KONI Jawa Timur Universitas Airlangga di sini, hari ini, Low Zheng Yong merangkul emas menerusi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki menewaskan rakan sepasukan, Liew Zeng Wye yang meraih perak.

Zheng Yong memastikan emas dalam acara tersebut menerusi catatan masa 2:08.48 saat (s) menewaskan Zeng Wye yang meraih perak dengan perbezaan masa 1.75s.

Sementara itu, Bryan Leong yang beraksi dalam acara 50m gaya bebas lelaki sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatat 23.50s dengan emas menjadi milik Kanteemool Tonnam dari Thailand manakala perak dimenangi perenang tuan rumah, Joe Aditya Wijaya Kurniawan.

Hasrat Malaysia untuk menambah koleksi pingat menerusi acara 4x100m rampaian lelaki tidak kesampaian apabila turut meraih gangsa selepas tewas kepada Indonesia yang merangkul emas diikuti Thailand dengan perak.

Sebaik sahaja saingan di kolam renang berakhir, Malaysia meraih sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa sepanjang enam hari saingan untuk sukan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI