fbpx

Russia serang New York guna bom 3 tan, 60 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU rakaman video mendakwa tentera Russia menyerang New York di Donetsk. - Foto Telegram /@The_Wrong_Side

KIEV – Tentera Russia menyerang pekan New York di Republik Rakyat Donetsk dengan menggunakan bom berat baharu, FAB-3000 yang menyebabkan 60 askar Ukraine terbunuh, lapor laman berita RT kelmarin.

Satu rakaman video menunjukkan serangan itu menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan di platform Telegram, bom FAB-3000 memiliki berat tiga tan dan dipenuhi dengan bahan letupan.

Bom dilengkapi arahan panduan sasaran itu menyasarkan pusat perintah tentera Ukraine. Letupan kuat yang berlaku membunuh sekurang-kurangnya 60 askar Kiev dan memusnahkan empat buah kenderaan.

Bangunan yang dibom pula musnah sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan.

RT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ketulenan rakaman video tersebut.

Kementerian Pertahanan Russia juga enggan mengulas mengenai serangan itu.

Bom FAB-3000 dilaporkan ditempatkan buat kali pertama di kampung Liptsy semasa tentera Russia mara ke wilayah Kharkov dua minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI