fbpx

Restoran di Turkiye meletup, 5 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letupan tersebut merosakkan jalan dan menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan sekitar. – Getty Images

ANKARA  – Tangki gas propana sebuah restoran di bandar Izmir, barat Turkiye meletup, menyebabkan lima orang terbunuh dan 63 yang lain cedera, lapor akhbar Arab News hari ini.

Sistem televisyen litar tertutup (CCTV) merakam letupan tersebut semalam. Letupan kuat itu menyebabkan jalan raya berhampiran rosak teruk, manakala bangunan-bangunan sekitarnya mengalami kerosakan kecil.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan di laman sosial.

Beliau berkata, berpuluh-puluh anggota penyelamat segera dikerahkan  ke tempat kejadian.

Gabenor Izmir, Suleyman Elban melawat mangsa yang cedera di hospital dan mengumumkan bahawa 40 daripada mereka telah dibenarkan pulang.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menahan seorang suspek yang dipercayai bertanggungjawab mencetuskan letupan  itu.

Lelaki tersebut didakwa menggantikan tangki propana lama dengan yang baharu kelmarin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI